Pendakwah muda terkenal, Mohamad Azamudin Zainal atau lebih popular dengan nama Da’i Azam telah terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia bagi tahun 2014.
Da’i Azam yang merupakan finalis program realiti Da’i Pendakwah Milenia Musim Pertama telah terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia selepas memenangi Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia yang diadakan dari 22 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014. Beliau terpilih sebagai ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Johor bersama 13 anak muda lain yang turut terpilih bagi mewakili negeri tersebut.
Berbekalkan manifesto “Belia Bersatu, Negara Maju”, Da’i Azam telah memperolehi undian sebanyak 35.35% undian selepas undian ditutup pada malam 31 Oktober 2014.
Parlimen Belia Malaysia merupakan satu platform untuk belia menyalurkan idea dan pandangan mereka kearah Malaysia yang lebih baik. Ia merupakan platform terbaik dalam melahirkan kepimpinan muda yang akan menjadi pelapis kepada pemimpin negara. Disamping itu, Parlimen Belia Malaysia juga bertindak sebagai medium untuk para belia sistem demokrasi pentadbiran negara.
Syabas diucapkan kepada Da’i Azam dan semua belia yang telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia 2014. Semoga ia menyumbang kearah Malaysia yang lebih baik, menuju negara rahmah.
- Munsyeed Dot Com
Klik untuk komen pada artikel Da’i Azam Menang Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia di Munsyeed Dot Com 2010-2014.