Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Pencalonan Munsyeed Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014

$
0
0

Di dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tahun 1998/99 memperlihatkan kemunculan kategori Penyanyi Nasyid Popular buat pertama kali selepas ledakan fenomena yang dicetuskan oleh kumpulan Raihan. Namun atas sebab-sebab tertentu, kategori tersebut telah dimansuhkan oleh pihak penganjur pada tahun 2011 sekaligus menyukarkan laluan munsyeed untuk menempatkan diri mereka di dalam kategori-kategori utama yang dipertandingkan.

anugerah bintang popular 2014

Penyanyi Lelaki/Wanita Popular ABPBH2014

Berbeza pula untuk edisi kali ini apabila beberapa munsyeed ternama telah tercalon di dalam kategori-kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Kategori yang terlibat antaranya ialah Artis Duo/Berkumpulan Popular, Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Berikut adalah senarai Munsyeed yang tercalon:-

  • Hijjaz (Artis Duo/Berkumpulan Popular)
  • Inteam (Artis Duo/Berkumpulan Popular)
  • Nora (Penyanyi Wanita Popular)
  • Hafiz Hamidun (Penyanyi Lelaki Popular)
  • Lah Ahmad (Penyanyi Lelaki Popular)
  • Amar (Penyanyi Lelaki Popular)

 

Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH2014

Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH2014

Selain kategori utama, Anugerah Bintang Popular Berita Harian masih mengekalkan kategori online yang memperlihatkan vlogger dan penulis buku terkenal Matluthfi serta Raisyyah Rania Yeap (Felixia Yeap) tersenarai sebagai calon bagi kategori Personaliti Popular.

Cara mengundi kekal seperti penganjuran ABPBH yang lalu iaitu menerusi borang undian dikeratan akhbar Berita Harian setiap hari bermula 8 Januari sehingga 3 Febuari 2015. Untuk kategori online, undian boleh dilakukan secara atas talian setiap hari di laman rasmi ABPBH2014.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang bertemakan “Cinta” akan berlangsung pada 5 April 2015 di Arena Of Stars, Genting Highlands.

- Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel Pencalonan Munsyeed Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 di Munsyeed Dot Com 2010-2015.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles