Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

NOWSEEHEART: Katakan, Penantian Yang Berbaloi

$
0
0

“Right on time”

Itulah kata-kata yang terlintas dalam fikiran ketika pertama kali mendapat khabar daripada mereka yang pada ketika itu sedang giat menghasilkan album baru di studio rakaman. Selaku kumpulan yang terkenal dengan langkah mereka yang agak daring dalam memperkenalkan elemen-elemen baru di dalam industri nasyid, kemunculan NOWSEEHEART (NSH) selepas double trouble bersama Saujana tidak lama dahulu pastinya sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat nasyid tanahair. Kali terakhir peminat dihidangkan dengan album nasyid penuh daripada NSH adalah pada tahun 2002 menerusi album Berjalan, Melihat & Mentafsir.

NOWSEEHEART Katakan

12 tahun telah berlalu dan kini mereka berempat kembali memeriahkan industri nasyid dengan kemunculan album terbaru berjudul “Katakan”. Album ini telah berada dipasaran mulai pada penghujung Disember 2014 dan baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 20 Januari 2015 bertempat di The Terrace, Mutiara Damansara. Menerusi album Katakan, kali ini NOWSEEHEART dilihat tampil lebih matang seiring usia perjalanan perjuangan seni yang mereka tempuhi bersama selama ini.

Majlis pelancaran album terbary NOWSEEHEART - Katakan.

Majlis pelancaran album terbaru NOWSEEHEART – Katakan di The Terrace, Mutiara Damansara. sumber: Facebook

Album Katakan mengetengahkan 9 buah lagu merangkumi 8 lagu baru; Katakan, Fatwa Hati, Sudahlah, Selawat UntukMu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Fatwa Hati (akustik) termasuk sebuah lagu yang diberikan nafas baru dan lebih segar iaitu Damai Yang Hilang 2014.

Berbeza dengan versi single yang dilancarkan pada 2013, lagu Fatwa Hati yang diangkat sebagai “killer song” turut dimuatkan di dalam album ini dengan menampilkan penyanyi terkenal JayJay sebagai gandingan duet yang dilihat sangat serasi dengan kemampuan vokal yang dimiliki NSH.

Damai Di Sana – Tribute Untuk Arwah Bob.

Kebanyakan lagu serta lirik yang dimuatkan di dalam album Katakan adalah hasil ciptaan Azahari Abdul Rahman yang juga merupakan produser album dan anggota NSH. Lagu yang dihasilkan oleh beliau di dalam album ini jelas memberikan impak mendalam kepada pendengar terutamanya di dalam lagu Damai Di Sana yang merupakan sebuah dedikasi khas buat sahabat seperjuangan mereka Allahyarham Ahmad Firdaus bin Baharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Bob.

bob nsh2

Persembahan allahyarham Firdaus (dua dari kanan) bersama Nowseeehart di TV Al-Hijrah

Pemilihan Ito Lara sebagai penulis lirik lagu ini adalah keputusan yang tepat. Menurut salah seorang anggota NSH, Huzaimi Zaini, Ito Lara adalah salah seorang yang sangat rapat dengan arwah pada suatu masa dahulu. Maka tidak hairanlah gabungan lagu serta lirik yang diiringi muzik menyayat hati ini sangat memberi kesan kepada NOWSEEHEART ketika proses rakaman sedang dijalankan.

“Memang masa kita record lagu tu sangat-sangat rasa kehilangan arwah.” kata Huzaimi kepada Munsyeed Dot Com. Tambahnya lagi, “Lagu ini memang sangat deep. Memang sebak masa recording”.

Kepada para peminat NOWSEEHEART, jangan lupa untuk dapatkan album terbaru mereka terbitan Inteam Records dan edaran bersama Sony Music Malaysia pada harga RM19.90 di rangkaian kedai buku Popular dan MPH seluruh Malaysia. Album ini juga boleh didapati di laman Inteam Mobile dan juga melalui platform digital seperti iTunes, Spotify dan Amazon.

- Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel NOWSEEHEART: Katakan, Penantian Yang Berbaloi di Munsyeed Dot Com 2010-2015.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles