Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Sami Yusuf Diharamkan!

$
0
0
sami yusuf nazareth

Penyanyi British kelahiran Iran Sami Yusuf pada awal minggu ini telah melahirkan rasa terkejut selepas dimaklumkan mengenai pengharaman yang dikenakan ke atas beliau dari sebarang penyiaran di stesen televisyen dan radio kebangsaan milik Iran. Langkah pengharaman ini telah diambil berikutan penganjuran konsert Sami Yusuf di bandar Nazareth Israel, yang telah diadakan pada 5 Julai yang lalu.

Laman web berita Iran melaporkan pada awal minggu ini bahawa stesen televisyen negara tersebut telah menguatkuasakan pengharaman ini di semua saluran selepas Sami Yusuf mengadakan persembahan di Nazareth, walaupun kebanyakan penduduk berserta para hadirin di konsert tersebut terdiri dari rakyat Palestin sendiri.

“Lawatan Sami Yusuf baru-baru ini ke wilayah jajahan (tapak suci bagi bangsa Yahudi dan penganut Kristian termasuk tapak pembaptisan nabi Isa as) menjadi punca mengapa karya beliau diharamkan dari disiarkan di televisyen negara ini”, lapor portal berita Entekhab, sebuah laman berita di Iran.

Berikutan kontroversi ini, Sami Yusuf melalui laman web rasmi beliau telah mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara ini.

“Saya amat terkejut mendengar mengenai pengharaman karya serta penampilan saya di stesen TV dan Radio rasmi Republik Islam Iran disebabkan persembahan saya di Nazareth baru-baru ini.”, kata Sami Yusuf.

“Saya tidak menyedari bahawa persembahan saya, yang mengukir senyuman di kalangan saudara-saudari Palestine saya, merupakan suatu kesalahan di mata kerajaan Iran, sehingga lagu saya di haramkan di sana. Saya mohon maaf kepada peminat di Iran di atas sekatan ini, tetapi saya tidak akan meminta maaf kerana membuat persembahan di Palestin”, tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya menambah: “Musik adalah bersifat bebas; tidak seharusnya dibatasi sempadan mahupun digunakan sebagai senjata politik. Ia sepatutnya bebas merentasi masa dan zaman. Semoga suatu hari nanti kita dapat menyaksikan sebuah negara Palestine yang merdeka.”

Tinjauan kami di laman Facebook rasmi Sami Yusuf sehingga hari ini menyaksikan reaksi yang pelbagai dikalangan peminat. Walaupun majoriti peminat menyokong tindakan berani yang dilakukan oleh Sami Yusuf, namun tidak kurang juga dikalangan mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan menganggap Sami Yusuf tidak serius dalam usaha memboikot negara haram Israel.

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel Sami Yusuf Diharamkan! di Munsyeed Dot Com 2010-2015.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles