
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan ke-58, Selayang Care bersama Majlis Perbandaran Selayang menganjurkan program Malaysiaku Merdeka “Pray4Ummah” yang akan membariskan selebriti-selebriti terkenal tanah air dari pelbagai bidang dan latarbelakang, antaranya ialah kumpulan UNIC, Shoutul Amal, Caliph Buskers, Salima Habibi (AF4), Mel Wings (bekas vokalis Wings), Wak Mustar (Johan Kilauan Emas), Fynn Jamal dan Man Raja Lawak. Selain daripada itu program ini juga turut menampilkan pendakwah selebriti yang tidak asing lagi di kaca televisyen seperti Ustaz Don Daniyal, Ustaz Harryanto, Ustaz Zamri (TV9), Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre, Ustaz Halim Hafiz serta Adik Qayyim, finalis rancangan Adik-adikku TV1. Turut sama akan memeriahkan lagi malam tersebut ialah penampilan istimewa pelakon drama terkenal, Nasir Bilal Khan.
Program yang akan berlangsung di tempat letak kereta Stadium Selayang pada 30 Ogos 2015 ini dijadual bermula seawal jam 5.00 petang dengan pertandingan “Merdeka Accoustic Battle” yang menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta. Aturcara sebelah malam dimulakan dengan program 30 Minit Bersama Ustaz Don dan Ustaz Zamri yang dijadual bermula selepas solat maghrib. Pengunjung digalakkan membawa sejadah untuk sama-sama menunaikan solat jemaah Maghrib dan Isya.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu alternatif hiburan yang terpandu kepada anak muda Malaysia disamping membangkitkan kesedaran ummah supaya lebih cakna dengan isu semasa dalam dan luar negara.
Tentatif Program
5.00 PM
Pertandingan Merdeka Acoustic Battle
6.30 PM
Program Selayang Berselawat
7.30 PM
Solat Maghrib
8.00 PM
30 Minit Bersama Ustaz Don & Ustaz Zamri
8.45 PM
Solat Isya’ dan Solat Hajat.
9.15 PM
Pembukaan
Sembang Santai
Nyanyian
Persembahan Dikir Zikir
Selawat dan Doa Penutup.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik berupa sebuah motorsikal, barangan elektronik, dinar emas, basikal dan banyak lagi menerusi cabutan bertuah yang akan berlangsung pada malam tersebut.
Turut bersama menganjurkan program ini ialah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer, Lembaga Zakat Selangor, JAIS, Torism Selangor, Nisa Selayang serta beberapa lagi jabatan kerajaan dan NGO.
Klik untuk komen pada artikel Malaysiaku Merdeka Tampilkan Himpunan Artis & Selebriti Terkenal di Munsyeed Dot Com.