Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Inteam Edar Album Tahmid Lebaran Secara Percuma Kepada Peminat

$
0
0

Dianggarkan sebanyak 1000 unit album “Tahmid Lebaran” akan diedarkan secara percuma oleh kumpulan nasyid Inteam kepada para pengguna jalanraya yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri. Album raya terbaru terbitan Inteam Records ini akan diedarkan kepada para peminat bermula pada jam 9.00 pagi di Plaza Tol Gombak (menuju Pantai Timur) sehingga jam 10.00 pagi hari ini.

Selain album “Tahmid Lebaran”, Inteam juga akan turut menyampaikan pelbagai hadiah menarik yang lain kepada pengguna di Plaza Tol Gombak antaranya vaucer diskaun pembelian di laman Inteam Mobile, beberapa buah buku dan juga produk penjagaan kulit.

tahmid lebaran

“Tahmid Lebaran” merupakan sebuah album nasyid Ramadhan dan raya terbaru yang menampilkan gandingan artis-artis nasyid terkemuka tanah air. Antara artis yang terlibat di dalam album ini ialah Lah Ahmad, Raihan, Far East, Inteam, Hijjaz, Akhil Hayy, Nazrey Johani, Salleh Brothers, Azhari NOWSEEHEART dan juga Naim Mirwana. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini termasuk Tahmid Lebaran, Ramadhan Dua Zaman, Iftar, Aidilfitri, Gema Mubarak serta laungan Takbir Raya.

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel Inteam Edar Album Tahmid Lebaran Secara Percuma Kepada Peminat di Munsyeed.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles