
Malam pertama Konsert 3 Kejora Bersatu yang telah berlangsung di Istana Budaya memberikan pengalaman yang berbeza buat para peminat nasyid yang hadir malam tadi.
Tidak seperti persembahan-persembahan nasyid biasa, kumpulan nasyid Hijjaz, Brothers, Rabbani dan juga bekas vokalis kumpulan Raihan berjaya memukau para penonton di Istana Budaya dengan penyampaian bertenaga, penuh emosi dan perasaan.
Jom kita lihat beberapa foto yang dibekalkan oleh pihak Istana Budaya. Mungkin gambar-gambar di bawah mampu memberikan gambaran suasana konsert yang lebih tepat.
Rata-rata para penonton yang hadir malam tadi memberikan respon positif dan melahirkan rasa puas hati terhadap persembahan bertaraf antarabangsa yang diberikan oleh barisan artis nasyid tanah air.
Meskipun konsert ini diiringi detik-detik penuh emosi dan linangan air mata, para penonton yang hadir cukup sporting memberikan semangat kepada anggota kumpulan Brothers untuk meneruskan persembahan. Satu pengalaman yang luar biasa.
Sekiranya terlepas peluang untuk hadir ke konsert ini, anda tidak perlu risau kerana Konsert 3 Kejora Bersatu masih lagi boleh disaksikan secara live pada malam ini untuk kali yang terakhir. Tiket berharga dari RM50 sehingga RM250 masih boleh didapati di Istana Budaya.
– Munsyeed
Klik untuk komen pada artikel Konsert 3 Kejora Bersatu Pukau Penonton di Istana Budaya di Munsyeed.