
ADAT BERTANDING. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang tersungkur di tengah jalan dan ada yang terus menjulang kejayaan. Namun semuanya kini dah di penghujung.
Ada enam juta penonton yang menjadi saksi malam tadi betapa gahnya Gema Gegar Vaganza menjunjung tinggi para penasyid yang selama ini hanya tenggelam timbul di dunia mainstream. Kali ini, Astro telah berjaya meletakkan tanda aras baru buat industri nasyid tanah air.
Kami sebenarnya tidak mahu mengulas panjang sangat apa yang dipersembahkan malam tadi. Mereka sudah mengeluarkan apa yang terbaik yang mereka ada. Cumanya… ya itulah adat.
Kenapa UNIC menang? Hanya satu perkataan sahaja buat mereka…iaitu pakej, mereka ada segalanya. Semua orang dah tahu betapa mereka menjadikan pentas GGV ini sebagai medan untuk mereka menghiburkan orang dengan dakwah cara santai mereka, dengan lakonan, helaian tawa sehinggalah air mata melalui lagu Sepohon Kayu. Daripada semua sudut mereka sudah membuai penonton. Ya, mereka ada segalanya, pakej pendakwah dan penghibur. Sudirman versi nasyid? YA!
Kenapa bukan Hijjaz? Tak putus peminat mempertikaikan kenapa Hijjaz gagal malam tadi. Bagi kami, Hijjaz ada standard dan kelasnya yang tersendiri. Dan bagi kami sendiri pun, Hijjaz tak perlukan kemenangan. Aura mereka sudah cukup kuat, sangat-sangat kuat…terlalu kuat. Dan sebagai legend dalam industri nasyid, aura mereka dalam GGV sudah cukup untuk menaikkan semangat semua orang. Baik peminat atau penasyid sendiri.
Mirwana camana? Abis Azmi tu?? Dua-dua ini kami mengagumi vokalnya. Cara Mirwana menyusun harmoni yang sangat kemas dan tight. Azmi pula seorang OKU yang sangat gigih. Semua yang diberikan dihadam begitu sahaja.
Hafiz Hamidun dan Saujana juga bukanlah nama baru dalam industri. Mereka sendiri ada kelompok masing-masing yang kami lihat turut banyak membantu memeriahkan GGV. Walau secara teknikalnya, Hafiz dan Saujana sering bergelut dengan cabaran yang tak dijangka, tapi usaha mereka tetap kami sanjung.
Betapa semua orang bangga bila menonton battle finale. Itulah penasyid. Auranya terasa
Inilah nasyid, berbeza dengan mainstream. Sepanjang persembahan di GGV, semuanya sarat dengan mesej. Bergelak ketawa dan berendam air mata, itulah GEMA GEGAR VAGANZA. Ya, nasyid itu dakwah, dan dakwah itu perlu diterjemahkan agar dia mengusik jiwa yang mendengar.
Bukalah pintu untuk kami mengetuk hati-hati diluar sana….
Klik untuk komen pada artikel Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza – Kenapa UNIC yang menang? di Munsyeed.