
Berita baik buat para peminat muzik tempatan. Apple hari ini telah mula menawarkan pakej khas langganan Apple Music untuk mahasiswa universiti tempatan pada harga RM6.90 sebulan. Harga ini lebih rendah berbanding pakej sedia ada yang ditawarkan pada harga RM14.90 serta diskaun pelajar yang diperkenalkan oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain.
Dengan penjimatan ini, mahasiswa universiti bukan sahaja boleh mendengar dan memuat turun lagu-lagu nasyid tanpa had, mereka juga boleh menonton rancangan TV dan juga filem yang diterbitkan secara eksklusif untuk platform tersebut.

Perkhidmatan Apple Music di iTunes untuk Windows
Untuk melanggan pakej ini, pelajar hanya perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang dibekalkan oleh universiti masing-masing untuk proses pengesahan menerusi laman ini.
Selain Malaysia, pakej pelajar Apple Music turut diperluaskan ke beberapa buah negara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.
Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik daripada Apple yang ditawarkan untuk semua pengguna peranti iOS dan Android. Ia juga turut ditawarkan kepada pengguna PC menerusi aplikasi iTunes.
The post Langganan Apple Music Kini Serendah RM6.90 Sebulan appeared first on Munsyeed.