Ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, 86 tahun, telah dimasukkan ke Jeddah Specialist Hospital semalam. Menurut Saudi Gazette, berita mengenai Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dimasukkan ke hospital telah dilaporkan oleh Sheikh Salman al-Ouda melalui laman Twitter beliau. Setakat ini, tiada makluat terperinci yang diperolehi mengenai tahap kesihatan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang masih dirawat di hospital tersebut. […]
↧