Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all 2068 articles
Browse latest View live

Keputusan Penuh Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1438H/2017M

$
0
0

Berikut adalah keputusan penuh Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-59 bagi tahun 1438H/2017M.

 

Tilawah Al-Quran (Qariah)

  1. Normalina Bt. Alias (Malaysia) – 91.52%
  2. Dayang Hjh Siti Noor Dzuhairah Bt. Awang Hj Damit (Brunei) – 86.63%
  3. A’tiiqah Bt. Suhaimi (Singapura) – 86.01%
  4. Kanlayanee Mumi Husna (Thailand) – 84.96%
  5. Imane Ezouatini (Morocco) – 84.50%

 

Tilawah Al-Quran (Qari)

  1. Hamed Alizadeh Marghzari Gholamhassan (Iran) – 89.96%
  2. Awangku Muhd Adibul Amin B. Pengiran Hj Marjuki (Brunei) – 89.58%
  3. Wan Fakhrulrazi B. Wan Mohamad (Malaysia) – 89.09%
  4. Mohammad Maruf Hossain (Canada) – 85.71%
  5. Nor Muhammad B. Ali (Singapura) – 85.55%

 

Hafazan Al-Quran (Hafizah)

  1. Aishatu Musa Gale (Nigeria) – 92.76%
  2. Zainab M.S. Hijawi (Palestin) – 91.51%
  3. Ngom Ndeye Diarra (Senegal) – 89.14%

 

Hafazan Al-Quran (Hafiz)

  1. Diallo Mouhamed Al Muoudjtaba (Senegal) – 94%
  2. Muhammad Syazani B. Jemy (Malaysia) – 93.95%
  3. Ammar Abdulla B. A. Sakini (Qatar) – 93.94%

 

Click to view slideshow.

sumber: Perhubungan Antarabangsa RTM

Klik untuk komen pada artikel Keputusan Penuh Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1438H/2017M di Munsyeed.


“Gema Gegar Vaganza berjaya tepis persepsi…”– Presiden MUNSYID Malaysia

$
0
0

Malam Kemuncak Gema Gegar Vaganza

  1. Sebagaimana kita semua sedia maklum, malam ini bakal berlangsungnya pentas akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama yang disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan Maya HD.
  2. MUNSYID Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para munsyid yang telah berjaya ke peringkat akhir iaitu Hijjaz , SAUJANA , Mirwana, UNIC, Hafiz Hamidun dan tidak dilupakan saudara Azmi Caliph Buskers.
  3. Sepanjang beberapa minggu berada di pentas GGV, mereka telah berjaya meletakkan penanda aras baru dari sudut persembahan dan pementasan bagi peserta GGV malah GV yang akan datang melalui gabungan elemen nyanyian, lakonan, kostum, koreografi, props dan sebagainya. Pendek kata, selepas ini GGV bukan sekadar pertandingan nyanyian namun ianya turut melibatkan elemen seni persembahan yang pelbagai.
  4. Pihak Astro Oasis juga dilihat telah menyediakan sistem peralatan audio visual dan pencahayaan yang terbaik dengan disokong tenaga kerja profesional sekaligus menunjukkan kesungguhan mereka menjayakan GGV kali ini dan pastinya ia hadir dengan perbelanjaan yang bukan sedikit. Syabas dan terima kasih buat Astro Oasis.
  5. Apa yang kita lihat di pentas GGV telah berjaya menepis persepsi sesetengah pihak yang menganggap nasyid adalah satu cabang hiburan yg tidak menarik, kaku, tidak kreatif, kurang elemen sensasi dan sebagainya. Ternyata dengan “pelaburan” yang secukupnya dalam bentuk tenaga profesional, peralatan, idea dan pastinya wang ringgit maka sesuatu pementasan akan lebih mendatangkan impak kepada penonton.
  6. Malah pentas GGV juga membuktikan bahawa artis nasyid punya kualiti yang setanding malah dalam sudut tertentu lebih baik daripada artis mainstream lain. Cuma sebelum ini mereka jarang diberi peluang untuk beraksi di pentas sebegini.
  7. MUNSYID Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peminat nasyid tanah air yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada peserta GGV baik yang hadir ke venue mahupun yang menonton di kaca tv. Anda telah menjadikan GGV trending di media sosial dan mendapat rating yg sangat baik.
  8. Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada para penaja khususnya Kopi Pak Belalang dan Serai Mas Herbs Trading di atas kesudian menaja GGV kali ini. Diharap lebih banyak lagi entiti korporat yang tampil memberi sokongan kepada program sebegini.
  9. Akhir kata, MUNSYID Malaysia mendoakan agar semua peserta, krew produksi serta semua yang terlibat dapat melakukan yang terbaik demi memastikan GGV musim pertama ditutup dengan satu episod yang menjadi sebutan dan kenangan manis buat semua.

Sekian, terima kasih.
Muhamad Razin Che Mud
Presiden,
MUNSYID Malaysia

Klik untuk komen pada artikel “Gema Gegar Vaganza berjaya tepis persepsi…” – Presiden MUNSYID Malaysia di Munsyeed.

Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza – Kenapa UNIC yang menang?

$
0
0

ADAT BERTANDING. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang tersungkur di tengah jalan dan ada yang terus menjulang kejayaan. Namun semuanya kini dah di penghujung.

Ada enam juta penonton yang menjadi saksi malam tadi betapa gahnya Gema Gegar Vaganza menjunjung tinggi para penasyid yang selama ini hanya tenggelam timbul di dunia mainstream. Kali ini, Astro telah berjaya meletakkan tanda aras baru buat industri nasyid tanah air.

Kami sebenarnya tidak mahu mengulas panjang sangat apa yang dipersembahkan malam tadi. Mereka sudah mengeluarkan apa yang terbaik yang mereka ada. Cumanya… ya itulah adat.

konsert akhir gema gegar vaganza

Kenapa UNIC menang? Hanya satu perkataan sahaja buat mereka…iaitu pakej, mereka ada segalanya. Semua orang dah tahu betapa mereka menjadikan pentas GGV ini sebagai medan untuk mereka menghiburkan orang dengan dakwah cara santai mereka, dengan lakonan, helaian tawa sehinggalah air mata melalui lagu Sepohon Kayu. Daripada semua sudut mereka sudah membuai penonton. Ya, mereka ada segalanya, pakej pendakwah dan penghibur. Sudirman versi nasyid? YA!

Kenapa bukan Hijjaz? Tak putus peminat mempertikaikan kenapa Hijjaz gagal malam tadi. Bagi kami, Hijjaz ada standard dan kelasnya yang tersendiri. Dan bagi kami sendiri pun, Hijjaz tak perlukan kemenangan. Aura mereka sudah cukup kuat, sangat-sangat kuat…terlalu kuat. Dan sebagai legend dalam industri nasyid, aura mereka dalam GGV sudah cukup untuk menaikkan semangat semua orang. Baik peminat atau penasyid sendiri.

konsert akhir gema gegar vaganza

Mirwana camana? Abis Azmi tu?? Dua-dua ini kami mengagumi vokalnya. Cara Mirwana menyusun harmoni yang sangat kemas dan tight. Azmi pula seorang OKU yang sangat gigih. Semua yang diberikan dihadam begitu sahaja.

Hafiz Hamidun dan Saujana juga bukanlah nama baru dalam industri. Mereka sendiri ada kelompok masing-masing yang kami lihat turut banyak membantu memeriahkan GGV. Walau secara teknikalnya, Hafiz dan Saujana sering bergelut dengan cabaran yang tak dijangka, tapi usaha mereka tetap kami sanjung.

Betapa semua orang bangga bila menonton battle finale. Itulah penasyid. Auranya terasa

Inilah nasyid, berbeza dengan mainstream. Sepanjang persembahan di GGV, semuanya sarat dengan mesej. Bergelak ketawa dan berendam air mata, itulah GEMA GEGAR VAGANZA. Ya, nasyid itu dakwah, dan dakwah itu perlu diterjemahkan agar dia mengusik jiwa yang mendengar.

Bukalah pintu untuk kami mengetuk hati-hati diluar sana….

Klik untuk komen pada artikel Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza – Kenapa UNIC yang menang? di Munsyeed.

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama

$
0
0

Selepas mengharungi 7 konsert mingguan, program realiti nyanyian Gema Gegar Vaganza akhirnya melabuhkan tirai dengan menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara musim pertama.

Trio UNIC yang membawakan lagu hits mereka berjudul Ainul Mardhiah dan Kalah Dalam Menang pada segmen battle bersama kumpulan SAUJANA nyata berjaya memberikan persembahan yang memukau para penonton serta juri profesional. Dengan kemenangan ini UNIC membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan juga trofi sumbangan Astro.

Aksi hebat Hijjaz di konsert akhir menerusi lagu Fatamorgana dan Alhamdulillah di segmen kedua bersama Mirwana berjaya meletakkan mereka pada kedudukan naib juara bagi musim ini sekaligus menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi daripada Astro.

Selain mendapat tempat kedua, Hijjaz juga turut menerima Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang telah dipilih menerusi undian secara atas talian sepanjang konsert akhir Gema Gegar Vaganza berlangsung. Pemenang menerima wang tunai sebanyak RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga disandang oleh kumpulan Mirwana yang tampil dengan persembahan lagu Ya Rasulullah nyanyian asal oleh Raihan. Aksi bertenaga Mirwana pada pusingan kedua mempersembahkan lagu Alhamdulillah nyanyian asal Too Phat dan Yasin memberikan saingan yang cukup hebat kepada Hijjaz.

Mirwana pulang membawa wang tunai RM20,000 dan juga trofi daripada Astro.

Azmi Saat pula berjaya menduduki tempat keempat sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro. Persembahan Azmi yang membawakan lagu Damai Yang Hilang nyanyian asal kumpulan NOWSEEHEART berjaya memberikan persaingan hebat di konsert akhir GGV.

Gandingan bersama Hafiz Hamidun menyampaikan lagu Aku Maafkan Kamu dalam pusingan battle menyerlahkan lagi kehebatan vokal Azmi yang jarang diperlihatkan kepada para penonton dalam persembahan-persembahannya yang lalu. Ini sekaligus memberikan kemenangan kepada Azmi untuk Anugerah Gema Terindah kategori Gempak Gempur dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 tajaan Kopi Pak Belalang.

Konsert akhir Gema gegar Vaganza telah bersiaran secara langsung di Astro Oasis dan Maya HD pada hari Ahad jam 9 malam. Acara gilang-gemilang ini dihoskan oleh Siti Nordiana, Achey dan juga Fikri Lawak Solo. Turut hadir memeriahkan konsert akhir ialah penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang hadir sebagai juri jemputan di samping Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi yang menggalas tugasan selaku juri profesional setiap minggu.

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza berakhir dengan persembahan penutup daripada Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan lagu baru bertajuk Aku Bukan Malaikat ciptaan Opick, disusuli dengan persembahan daripada kumpulan Rabbani mempersembahkan lagu Pergi Tak Kembali.

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel UNIC Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama di Munsyeed.

Dua album terbaik dihasilkan UNIC, Hijjaz, dan Mirwana

$
0
0

Alhamdulillah, acara realiti tv ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) musim pertama yang membarisi otai-otai nasyid dan penyanyi-penyanyi lagu religi akhirnya melabuhkan tirai. Pastinya wujud pendengar-pendengar baharu yang mula hendak berjinak-jinak dengan genre nasyid dan perlahan-perlahan membuat carian akan lagu penasyid-penasyid kegemaran yang membarisi GGV.

Untuk memastikan korang tidak tersesat dalam pencarian itu, disini inisiatif yang saya lahirkan sendiri iaitu dengan menyenaraikan dua album terbaik yang pernah dihasilkan pemenang top tiga dalam GGV – UNIC, Hijjaz, dan Mirwana.

Pendengar-pendengar baharu perlu tahu yang sebenarnya wujud album-album berkualiti yang telah dilahirkan oleh penggiat nasyid yang menyertai GGV. Kualiti yang sebenarnya bukan calang-calang! Tetapi dihasilkan dengan ‘effort’ dan ‘rasa’ yang luar biasa.

UNIC

You and I See

Tak boleh dinafikan, album pertama UNIC yang berjudul ‘You and I See’ boleh saya katakan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh mereka. Muncul sebagai album sulung juara GGV ini, album ‘You and I See’ mencipta fenomena dengan barisan lagu-lagu hits malar segar yang menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Lagu-lagu seperti ‘Ainul Mardhiah’, ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’, dan ‘Jalinan’ menjadi kegilaan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti terutamanya di institusi-institusi Islam. UNIC boleh dikatakan bertuah dek penghasilan album ‘You and I See’ kerana album ini telah bernaung dibawah usaha keras dan sumbangan kebanyakan melodi indah dari ‘abang-abang’ Hijjaz mereka termasuk sumbangan lirik yang padu-padu dan mantop dari penulis lirik nasyid prolifik Malaysia, iaitu saudara Ito Lara.

Walau dengan hanya komposisi muzik yang sederhana, album ini telah meletakkan penanda aras yang tinggi terhadap kebolehan UNIC dalam industri nasyid.

Langkah Tercipta

Awalnya saya mahu memilih album ‘See You di IPT’ sebagai album kedua terbaik bagi kumpulan nasyid ini kerana adanya lagu-lagu favourite yang bagi saya ada kualiti dan rasa seperti lagu ‘Ke Makam Bonda’, ‘Demi Cinta Suci’, dan ‘Sebuah Pertemuan’.

Tetapi rakan saya Bakhtiar selaku salah seorang peminat tegar UNIC beritahu yang album ‘Langkah Tercipta pada pandangannya adalah album terbaik pernah UNIC dihasilkan. Banyak lagu-lagu yang menarik dan UNIC juga berjaya menunjukkan kekuatan mereka dari dimensi yang berbeza. Seolah-olah ‘comeback’ katanya.

Lagu-lagu seperti ‘Lafaz Yang Tersimpan’ dan ‘Atas Nama Cinta’ telah menjenamakan UNIC di satu level yang baharu. Kekuatannya tidak lagi pada vokal semata-mata, tetapi mereka juga telah menunjukkan kekuatan harmonizing dan pemilihan genre lagu yang agak baik.

HIJJAZ

Tidak perlulah kita persoalkan lagi tentang kehebatan karya-karya yang dihasilkan oleh ‘otai’ kita yang satu ini. Semua album konsep Hijjaz mantop-mantop! Masha Allah. Dari segi rasa mahupun kualiti, Hijjaz hakikatnya ‘champion’ sebenar dalam industri nasyid. Saya yakin sehingga sekarang pun ‘effort’ Hijjaz dalam melahirkan album-album hits masih tidak terhenti.

PERMATA HIJJAZ 1431

Apa pun, saya perlu juga pilih dua album mereka yang terbaik walaupun saya rasa tak adil pada album-album yang lain. Cuma sebagai pendengar muda, saya fikir pendengar-pendengar baharu perlu dapatkan antara album terkini Hijjaz seperti ‘Permata Hijjaz 1431’ ini. Sebuah album berkonsepkan orkestra dimana terhasilnya lagu-lagu padu seperti ‘Embun Hidayah’, ‘Iman, Islam & Ihsan’ dan ‘Syukur Pada-Mu’. Saya fikir ini satu ‘attempt’ yang sangat baik dan berani oleh kumpulan Hijjaz untuk menghasilkan album yang ‘berat’ tanpa memberi apa-apa kekurangan pada sudut rasa dan kualitinya. Meremanglah senang cerita. Tahniah Hijjaz!

JANJI

Haaa! Ini merupakan antara album terbaharu Hijjaz yang saya sangat suka. Album ini kedengaran sedikit ‘rock’ pada kebanyakan komposisi muziknya tetapi imej dan ‘lenggok’ Hijjaz masih dikekalkan. Itu yang membuatkan album kumpulan legend ini akan sentiasa relevan dan ever green untuk dilayan dengar.

Sekali lagi Hijjaz sangat teliti dari sudut pemilihan dan penciptaan lagu sehingga terhasilnya lagi karya-karya berat seperti ‘Kau Pemilik Cinta’, ‘Janji Khalifah’, dan ‘Hanyalah Iman’. Kemudian terdapat banyak ‘line’ yang dibahagi-bahagi tidak pada solo utama (Ustaz Munif) sahaja, tetapi turut diambil oleh Ustaz Isman, Ustaz Arifin, dan Ustaz Faizal. Saya fikir ini perkembangan yang bagus untuk menonjolkan ahli-ahli Hijjaz yang lain.

Tahniah Hijjaz kerana sering berani mencabar kemampuan diri untuk menghasilkan karya-karya terbaik dan muzik yang fresh untuk pendengar semasa. Long live legend!

MIRWANA

Mirwana merupakan ‘vocal harmony group’ yang telah membina empayar dan kumpulan peminat tersendiri. Selesai GGV, ramai yang telah kembali membuka mata terhadap kebolehan dan versatiliti Mirwana dalam industri. Peminat-peminat Mirwana menyifatkan kumpulan ini sebagai ‘Boyz II Men versi Nasyid’ atau dalam kata lain, kumpulan yang sangat ‘anchor’ dalam persembahan berharmoni disamping turut mempunyai kekuatan vokal pada setiap ahlinya.

Saya fikir Mirwana yang sekarang adalah sebuah kumpulan kombinasi vokal yang ‘hampir sempurna’ dengan paduan level suara yang unik oleh setiap ahli – Hafiz, Along, Ikram, Naim, Faiz, dan Akmal.

Fakta menarik; Mirwana merupakan kumpulan vokal yang tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya utama tetapi sangat menyerlah penglibatannya dalam industri.

HIKMAH KEMBARA

Bermodalkan album ‘Hikmah Kembara’ ini, Mirwana telah memenangi pelbagai anugerah tidak kira di peringkat nasyid mahupun arus perdana. Dengan album inilah kita dapat melihat wajah ‘familiar’ seperti Faizal Tahir dan Izzat Mahadi, iaitu antara pemilik suara awal yang telah mengangkat kumpulan Mirwana ke tahap yang amat membanggakan.

‘Hikmah Kembara’ merupakan batu loncatan yang penting buat Mirwana. Lagu-lagu hits seperti ‘Aku Tanpa CintaMu’ (ft. Jay Jay), ‘Hikmah Kembara’, ‘Permataku’ dan banyak lagi telah menjadi siulan pendengar-pendengar muda yang kebanyakannya mencari ‘angin baharu’ dalam industri nasyid.

Paduan vokal dan ‘harmonizing’ beserta pemilihan dan penghasilan lagu yang ada ‘class’ telah mencipta jenama ‘Mirwana’ yang kuat dan mampu pergi lebih jauh.

BUMI AKHIR USIA

Album ‘Bumi Akhir Usia’ diterbitkan pada tahun 2010 dan boleh saya katakan sebagai album ‘comeback’ buat Mirwana. Saya fikir menghasilkan album konsep dengan 10 buah lagu bukanlah satu keputusan yang mudah dengan kuasa pembeli kini yang tidak lagi menyebelahi. Namun Mirwana pada tahun tersebut berjaya menghasilkan album ‘Bumi Akhir Usia’ yang sangat ‘boom’ dan menyerlah dari sudut konsep album dan pemilihan lagu.

‘Bumi Akhir Asia’ menyaksikan rebranding Mirwana dengan pertaruhan lagu-lagu ‘killer’ seperti ‘Tika Masanya’ (ft. Hujan), ‘Andaiku Pergi’ dan ‘Jauh’. Lagu-lagu lain yang tersenarai turut menyaksikan usaha Mirwana bereksperimentasi dengan muzik dan genre yang pelbagai. Album mesti dengar lah senang cerita! Nak dengar paduan suara dan harmoni yang mantap, maka inilah album yang anda perlu dapatkan.

Sekian senarai dua album terbaik oleh pemenang top tiga dalam acara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Korang pun mesti ada pendapat masing-masing kan terhadap album yang mana paling menyerlah? Apa lagi, kongsikan dengan kami!

Klik untuk komen pada artikel Dua album terbaik dihasilkan UNIC, Hijjaz, dan Mirwana di Munsyeed.

UNIC lancar ‘Sucikan Hati’ sempena Ramadan

$
0
0

Nampaknya selepas menjuarai musim pertama Gema Gegar Vaganza, kumpulan nasyid UNIC tidak ingin menunggu terlalu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaru buat para peminat mereka.

Bagi meneruskan momentum yang telah dicipta dari GGV, trio UNIC yang dianggotai oleh Bazli, Fakhrul dan Imam Muda Najdi hari ini muncul dengan single baru berjudul ‘Sucikan Hati’ sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Dalam single terbaru ini, UNIC sekali lagi mendapatkan khidmat penulis lirik terkenal ITO Lara bagi menyempurnakan lagi lagu yang telah dicipta oleh Bazli UNIC.

Istimewanya kali ini lagu ‘Sucikan Hati’ telah diangkat sebagai lagu tema untuk kempen Ramadan Raya – ‘Sucikan Hati, Salam Ramadan’ oleh stesen penyiaran Radio Television Malaysia (RTM). Selain UNIC, kempen anjuran RTM ini turut memperlihatkan penglibatan beberapa artis dan selebriti  popular tanah air antaranya selebriti online terkenal Zukie dan juga pelakon Beto Kusyairy.

Buat masa ini iklan dan klip video ‘Sucikan Hati’ hanya boleh ditonton secara eksklusif di semua stesen TV RTM dan juga di laman YouTube rasmi UNICDOTMY PRO.

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel UNIC lancar ‘Sucikan Hati’ sempena Ramadan di Munsyeed.

Selepas GGV, what’s next?

$
0
0

Ditulis oleh Abdullah 

Saya kira belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada UNIC, Hijjaz dan Mirwana atas kejayaan yang cukup membanggakan di Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama baru-baru ini. Tidak dilupakan kepada semua peserta yang turut bertanding dari minggu pertama hinggalah minggu terakhir konsert Gema Gegar Vaganza musim pertama. Ternyata program ini berjaya mendapat tempat di hati para penonton terutama peminat nasyid.

Gema Gegar Vaganza musim pertama telah pun melabuhkan tirai. Kini masanya untuk para peserta melakukan gerak kerja bagi menguruskan kemenangan yang telah diperolehi. Di sini saya ingin mengesyorkan 3 perkara yang perlu dilakukan oleh para peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama!

Aktifkan Media Sosial Rasmi

Facebook, Twitter dan Instagram; antara medium terbaik media sosial yang menghubungkan antara artis dan para peminat. GGV berjaya menarik ramai peminat baru ke arah artis. Justeru, jangan dibiarkan peminat ini hilang (dan anda juga kembali tenggelam). Aktifkan media sosial rasmi masing-masing.

Tidak semestinya media sosial tersebut perlu dipenuhi dengan gambar selfie 24/7. Artis boleh pertimbangkan untuk berkongsi untaian kata-kata, rangkap-rangkap lagu yang bermakna atau sebarang pengisian yang bermanfaat. Di samping itu, segala perkembangan terkini dan jadual persembahan dan konsert boleh dikongsikan bersama peminat.

Gambar Komersil Satu Pliss…

Gambar Komersil memainkan peranan yang besar kepada seseorang artis. (Baca Artikel: Artis Nasyid dan Gambar Komersil). Pastikan masing-masing mempunyai gambar komersil baharu yang boleh digunakan oleh para penganjur konsert dalam poster-poster atau bunting-bunting konsert. Gambar komersil memberi nilai tambah kepada artis terutama selepas populariti kembali melonjak pasca GGV.

Single Yang Kababoom

What next? Lancarkan single terbaru! Takkan mahu bergantung pada lagu-lagu hits yang sudah lama sahaja? Inilah peluang terbaik untuk para artis mencari bahan terbaik dan menghasilkan single yang meletup! Single ini juga merupakan kemunculan semula (comeback) artis tersebut yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para peminat. Single ya, bukan full album baru tau!

Akhir kata, saya menunggu single terbaru korang ya! Terima kasih, wassalam!

Klik untuk komen pada artikel Selepas GGV, what’s next? di Munsyeed.

TV Alhijrah edar Bubur Lambuk ke luar negara

$
0
0

Saban tahun apabila tibanya Ramadan, TV AlHijrah mencari kelainan yang memanfaatkan penonton setia stesennya.

Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk membajai dan menyuburi jiwa dan sanubari penonton agar terus kekal di landasan tarbiah Ramadan.

Selain berdakwah menerusi rancangan kerohanian yang disiarkan selama 24 jam sehari seperti Khatib Kecil, Kembali Fitrah, Betul Ke Ustaz, Mimbar, Jurnal Rahmah dan pelbagai rancangan menarik lain, TV AlHijrah gigih merangka aktiviti lapangan dalam dan luar negara bagi memeriahkan sambutan Ramadan.

Masih ingatkan lagi dengan projek bubur lambuk TV AlHijrah pada Ramadan tahun lepas? Pastinya, ramai yang berpeluang menikmati keenakan bubur lambuk kampung baru dengan limpahan daging tetel edaran trak-trak TV AlHijrah sekitar Lembah Klang, membawa ke selatan, timur dan utara negara.

Terbaru, keluar dari zon selesa, TV AlHijrah tidak lagi mahu bergelar jaguh kampung. Stesen berkonsepkan Islam ini melangkah setapak ke hadapan dengan tema Go Global, membawakan projek bubur lambuk atau dikenali dengan nama Ramadan Pot Of Unity ke peringkat antarabangsa.

Lapan buah negara telah dikenal pasti sebagai negara yang akan terlibat secara langsung dengan edaran Bubur Lambuk Go Global TV AlHijrah fasa pertama. Negara-negara tersebut adalah Lubnan, London, Turki, India, German, Singapura, South Africa dan Kuwait.

Bukan sahaja kelainan yang dicari, tetapi jelajah Bubur Lambuk Go Global turut mendokong misi bantuan makanan Ramadan buat yang memerlukan. TV AlHijrah percaya, Ramadan adalah antara bulan terbaik untuk membantu masyarakat Islam yang kurang berkemampuan.

Edaran Bubur Lambuk Go Global di jalan-jalan sekitar Turki

Aktiviti ini mampu mengeratkan ukhwah umah, melipatgandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia.

Lubnan merupakan negara pertama yang dituju kali ini. Misi Bubur Lambuk Go Global di Lubnan telah bermula pada 29 Mei 2017 bersamaan 3 Ramadan 1438H.

Jika diimbas kembali, lebih tiga dekad Lubnan cuba pulih dari krisis perang saudara. Sejak perang meletus pada 1982, Lubnan berjaya mencapai perjanjian domestik pada 1990, dan kini cuba bangkit untuk mencapai keamanan dan pembangunan.

Selain perang Islam dan Kristian selama sedekad, Lubnan sentiasa terdedah pada krisis serantau. Sejak 1968, setelah Israel menyerang Tebing Barat, Lubnan dilimpahi lebih sejuta pelarian Palestin. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pekerjaan serta pendapatan tetap.

Tekad dan bersemangat untuk ke zon krisis bagi mengedarkan bubur lambuk, empat orang petugas TV AlHijrah iaitu dua penerbit TV AlHijrah, Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas bersama jurukamera Zamir Zulkafli memulakan perjalanan ke Lubnan. Kesemua mereka dibantu Duta Besar Malaysia ke Lubnan, masyarakat Islam setempat dan stesen televisyen tempatan yang gigih memastikan Bubur Lambuk Go Global diedarkan buat semua.

Bubur Lambuk buat pelarian Syria

Seawal pagi, operasi menyediakan lebih 2000 bekas bubur lambuk bermula. Operasi ini akan berjalan sepanjang Ramadan. Agihan akan bermula sebelum waktu berbuka puasa.

Apa yang menarik, semua individu yang terlibat dalam menjayakan Bubur Lambuk Go Global bertungkus lumus dalam memastikan rasa dan aroma bubur lambuk yang disediakan tidak jauh lari dari resepi asal namun pada yang sama mempunyai rasa tempatan penduduk Lubnan.

Edaran bubur lambuk ini dibahagikan di sekitar Hamra, Raouche dan Gemmayzeh Street. Pelbagai lapisan penduduk menerima edaran termasuk pekeja am, penyapu sampah, kumpulan gelandangan dan pelarian Syria.

Saksikan TV AlHijrah setiap hari bagi mengikuti perkembangan Bubur Lambuk Go Global di destinasi seterusnya iaitu London, Turki, German, India dan South Africa.

Destinasi seterusnya serta tarikh Bubur Lambuk Go Global TV Alhijrah:-

  1. Lubnan – Bermula 29 Mei 2017
  2. London – Bermula 2 Jun 2017
  3. Turki – Bermula 3 Jun 2017
  4. German – Bermula 4 Jun 2017
  5. India – Bermula 6 Jun 2017
  6. South Africa – Bermula 7 Jun 2017

 

Galeri Gambar















Gambar: TV Alhijrah

Klik untuk komen pada artikel TV Alhijrah edar Bubur Lambuk ke luar negara di Munsyeed.


Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia

$
0
0

Setelah berperang dengan kanser lymphoma, akhirnya anak lelaki kepada ahli kumpulan UNIC Bazli Hazwan, Muhammad Syahid telah kembali menghadap Ilahi pagi tadi.

Berita menyedihkan ini disahkan sendiri oleh Bazli dalam statusnya di Instagram sebentar tadi. Allahyarham Muhammad Syahid telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Pediatrik.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Jamiul Ehsan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh selepas solat Zohor sekitar jam 1:30PM hari ini. Jenazah Allahyarham Muhammad Syahid akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Kubu Gajah, Sg Buloh.

Seluruh warga kerja Munsyeed.com mengucapkan takziah kepada Bazli UNIC sekeluarga di atas pemergian Bintang Syurga ini. Semoga keluarga ini akan terus diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan ini.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

*.* Akan dikemaskini

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia di Munsyeed.

Dakwah LIVE dan Mai Ngaji isi ruang dakwah TV ALHIJRAH Februari ini

$
0
0

Khas untuk penonton setianya, TV AlHijrah membawakan barisan rancangan-rancangan menarik yang telah disusun sepanjang Februari 2018.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Dato’ Hj. Izelan Basar,” pemilihan siaran ini adalah bagi memenuhi permintaan penonton yang mahukan rancangan inklusif meliputi semua genre, santapan setiap lapisan masyarakat.
Menurut beliau, “peratusan peningkatan penonton yang mengikuti rancangan-rancangan menarik yang penuh dengan bimbingan agama, kerohanian dan motivasi seperti Mimbar, Kalam Hikmah, Alam Barzakh dan zikir zikir munajat sepanjang hari menunjukkan TV AlHijrah berjaya menerbitkan program-program yang memberi fokus kepada ‘lifestyle’ dan mempunyai ruang rasa yang tersendiri”.
Antara rancangan istimewa sepanjang bulan Februari ini adalah rancangan Dakwah Live dan Mai Ngaji.

DAKWAH LIVE

Dakwah Live adalah sebuah program bual bicara yang disiarkan secara langsung pada setiap Isnin hingga Rabu tepat jam 9 malam hingga 10 malam. Siaran ulangan pula pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis jam 6.30 pagi.

Dakwah Live adalah program terbitan dalaman TV AlHijrah yang akan disiarkan selama 33 episod siaran. Rancangan ini muncul berikutan respon penonton yang mahukan program tv seumpama Labaikallah yang diterbitkan Musim Haji yang lalu. Dakwah Live boleh dikategorikan sebagai kemuncak dan pelengkap kepada program bual biacara sedia ada di TV AlHijrah.
Ini kerana, selain menepati citarasa kontemporari, Dakwah Live menggunapakai konsep dakwah separa-realiti yang luarbiasa bercirikan penglibatan dan interaksi santai antara penonton di studio bersama pendakwah terkemuka yang bertindak sebagai hos rancangan.

Antaranya adalah seperti Datuk Dr. Izhar Arif, Datuk Nurhafiza Musa, Dr. Nik Salida Nik Salleh dan Dr. Syarifah Hayati. Selain itu, ramai personaliti terkemuka akan turut muncul sebagai tetamu khas.
Selain itu, perkongsian ilmu menyentuh topik gaya hidup masa kini dilihat mampu untuk memecah blok tontonan konvensional seluruh saluran nasional yang menjadikan waktu puncak dipenuhi dengan kandungan berbentuk hiburan
Lebih menarik setiap episod siaran langsung ini turut menawarkan hadiah-hadiah menarik secara spontan kepada penonton di studio.

MAI NGAJI

Umat Islam maklum bahawa Ramadan merupakan bulan turunnya kitab suci Al-Quran sebagai panduan hingga ke akhir zaman. Namun begitu, ini tidak bermaksud Al Quran hanya perlu dibaca dan djadikan amalan pada bulan Ramadan sahaja. Umat Islam dituntut dan digalakkan untuk mendampingi Al Quran setiap hari kerana manfaatnya yang pelbagai dalam membentuk nurani dan peribadi.

Atas kesedaran inilah juga, TV AlHijrah buat pertama kalinya tampil dengan sebuah program yang menyediakan platform buat umat Islam untuk mempelajari, menyemak, mengkaji serta memperdengarkan bacaan Al Quran secara beramai-ramai.

Rancangan baru yang dikenali dengan nama Mai Ngaji disiarkan pada setiap hari Selasa, jam 7.30 malam. Siaran ulangan pula pada hari yang sama jam 10.30 malam.

Mempertaruhkan wajah baru selaku pengacara rancangan, kredibiliti dan keupayaan Ustazah Nadhrah Mohamed Yunos telah terbukti berjaya dengan jumlah peratusan tontonan yang tinggi sewaktu beliau buat pertama kalinya muncul di kaca televisyen selaku hos jemputan di dalam rancangan bual bicara Assalamualaikum untuk mengajar mengaji secara langsung.

Oleh yang demikian, menerusi Mai Ngaji, Ustazah Nadhrah Mohamed Yunos diberi kepercayaan untuk bersama-sama 150 orang pelajar yang terdiri daripada kaum wanita sahaja. Mereka akan bertalaqqi, saling semak menyemak serta menatijahkan penghayatan dan amalan mengikut hak al-Quran diturunkan.
Selain Dakwah Live dan Mai Ngaji TV AlHijrah turut memaparkan program menarik seperti Assalamualaikum (setiap hari 7.30 pagi) Masjid ke Masjid (Isnin 7.30 malam), Analisis Finaz Yunus(Khamis 9 malam), Aku Ingin Sehat(Isnin 10 malam), 2 Minit Ustaz serta Panggilan Agung dan doa doa dan zikir zikir munajat sepanjang hari.

Click to view slideshow.

The post Dakwah LIVE dan Mai Ngaji isi ruang dakwah TV ALHIJRAH Februari ini appeared first on Munsyeed.

Gandingan Sulung Azmi Saat & Daly Filsuf dalam KATA JUANG

$
0
0

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat merupakan penyanyi lelaki yang memiliki vokal yang cukup unik di Malaysia. Semenjak kemunculan pertama beliau bersama Caliph Buskers di pentas AJL 29, bakat beliau terus menjadi rebutan kebanyakan komposer popular Malaysia antaranya Edry Abd Halim, Faizal Tahir dan Edrie Hashim.

Selepas kejayaan memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32, Azmi Saat sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu, kali ini bergandingan bersama Daly Filsuf dalam Kata Juang. Gandingan kali pertama Azmi Saat dan Daly Filsuf ini telah diinspirasikan oleh komposer muda meningkat naik, Awad yang inginkan lagu ciptaan beliau disampaikan oleh dua figura hebat tanah air ini. Lagu ini turut mendapat sentuhan lirik dari Daly Filsuf sendiri.

Ternyata percaturan itu berhasil dengan munculnya Kata Juang pada penghujung Januari lalu. Kata Juang membawakan mesej positif dan peringatan buat semua manusia tentang janji-janji yang telah kita ikrarkan kepada Tuhan.

“Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia secara sedar atau tidak. Saya selalu terfikir untuk menyampaikan pesan kepada setiap orang secara halus dan merasakan Kata Juang ini merupakan medium yang sesuai buat saya untuk menyampaikan hasrat ini.” jelas Awad.

“Terima kasih kepada Azmi dan Daly Filsuf atas kepercayaan ini dan mereka telah menyampaikan dengan cara yang paling sempurna dan saya harapkan agar mesej ini sampai kepada semua” tambah beliau.

Muzik video lagu ini telah dilancarkan di laman YouTube Monkey Bone dan jumlah tontonan sudah mula meningkat dari sehari ke sehari. Selain itu lagu ini juga boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan Raku.

Rangka promosi lagu edaran Monkey Bone ini akan bermula pertengahan bulan Februari ini memandangkan komitmen yang telah dilalui oleh Azmi Saat semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 baru-baru ini.

The post Gandingan Sulung Azmi Saat & Daly Filsuf dalam KATA JUANG appeared first on Munsyeed.

Langganan Apple Music Kini Serendah RM6.90 Sebulan

$
0
0

Berita baik buat para peminat muzik tempatan. Apple hari ini telah mula menawarkan pakej khas langganan Apple Music untuk mahasiswa universiti tempatan pada harga RM6.90 sebulan. Harga ini lebih rendah berbanding pakej sedia ada yang ditawarkan pada harga RM14.90 serta diskaun pelajar yang diperkenalkan oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain.

Dengan penjimatan ini, mahasiswa universiti bukan sahaja boleh mendengar dan memuat turun lagu-lagu nasyid tanpa had, mereka juga boleh menonton rancangan TV dan juga filem yang diterbitkan secara eksklusif untuk platform tersebut.

 

Perkhidmatan Apple Music di iTunes untuk Windows

 

Untuk melanggan pakej ini, pelajar hanya perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang dibekalkan oleh universiti masing-masing untuk proses pengesahan menerusi laman ini.

Selain Malaysia, pakej pelajar Apple Music turut diperluaskan ke beberapa buah negara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.

Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik daripada Apple yang ditawarkan untuk semua pengguna peranti iOS dan Android. Ia juga turut ditawarkan kepada pengguna PC menerusi aplikasi iTunes.

The post Langganan Apple Music Kini Serendah RM6.90 Sebulan appeared first on Munsyeed.

Zain Bhikha Lancar Sekuel Allah Made Everything

$
0
0

Selepas kejayaan single Allah Made Everything yang menampilkan gandingan mantap bersama pelakon dan pelawak popular Omar Regan, munsyid terkenal dari Afrika Selatan, Zain Bhikha kini hadir dengan buah tangan terbaharu bertajuk Cotton Candy Sky. Lagu ini merupakan sekuel kepada single Allah Made Everything yang telah mendapat sambutan hangat dengan menerima jumlah tontonan video menghampiri 10 juta tontonan di laman YouTube.

Sebagaimana single beliau sebelum ini, Cotton Candy Sky adalah satu lagi usaha daripada Zain Bhikha untuk mendidik generasi muda dengan penerapan nilai-nilai positif serta mesej ketuhanan yang kuat kepada golongan ini di dalam lagu. Mesej-mesej ini dihidangkan dalam bentuk paparan visual santai yang menarik dan penuh warna-warni diselang-selikan dengan reaksi lawak jenaka daripada Omar Regan bagi menceriakan suasana.

Menurut Zain Bhikha, beliau menyaksikan sendiri bagaimana kekuatan sesebuah lagu mampu memberikan kesan dan impak positif kepada golongan muda. Sehubungan dengan itu, beliau memilih formula yang sama diketengahkan pada naskhah Allah Made Everything ke dalam karya terbaru beliau. Di samping itu, beliau menggunakan kejayaan Allah Made Everything sebagai batu loncatan untuk melancarkan Cotton Candy Sky yang juga merupakan sebahagian daripada album yang bakal menghidangkan 11 trek lengkap, merangkumi lagu-lagu yang sesuai untuk semua golongan usia dan masyarakat.







ZeeBee Kids Cabang Baru Zain Bhikha Studios

Selain hadir dengan single terbaharu, Zain Bhikha turut memperkenalkan jenama ZeeBee Kids, salah sebuah cabang baru daripada Zain Bhikha Studios yang memfokuskan kepada kandungan untuk kanak-kanak dan golongan muda. Menerusi ZeeBee Kids, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi medium penyampaian yang tidak hanya terhad kepada lagu, tetapi juga melalui laman web kanak-kanak yang baru dan menarik; aplikasi dan siri-siri penerbitan buku.

ZeeBee Kids

Antara yang bakal muncul dengan jenama ini ialah buku pertama Zain Bhikha yang dijangka bakal hadir tidak lama lagi. Buku bahagian pertama yang diadaptasikan daripada single Allah Made Everything itu bakal diterbitkan bersama 4 lagi buah buku lain yang terdapat di dalam siri yang sama.

Single terbaharu Zain Bhikha kini sedia untuk dimuat turun dan dimainkan di semua platform digital utama seperti iTunes/Apple Music, Spotify, YouTube dan juga Deezer.

– Munsyeed

The post Zain Bhikha Lancar Sekuel Allah Made Everything appeared first on Munsyeed.

Might Not Be Right Temukan Bekas Anggota Outlandish dan Safe Adam

$
0
0

Sekitar awal Julai tahun lalu, ramai peminat muzik antarabangsa yang kecewa dan sedih dengan berita pembubaran kumpulan Outlandish secara mengejut. Walau bagaimanapun kekecewaan peminat tidak berlangsung terlalu lama apabila menyaksikan kebangkitan trio ini yang popular dengan lagu Aicha dan Look Into My Eyes, masing-masing giat menerbitkan beberapa buah single dan juga melancarkan sebuah album nasyid (One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel) sekitar Ramadan tahun lepas secara solo.

Dalam perkembangan terbaru, Waqas yang merupakan salah seorang bekas anggota Outlandish baru sahaja melancarkan single dan video muzik terbaharu berjudul Might Not Be Right. Menerusi lagu ini, Waqas sekali lagi menampilkan kolaborasi bersama penyanyi nasyid dari United Kingdom, Safe Adam (Saif Adam) dan juga seorang lagi bekas anggota Outlandish, Lenny. Ini merupakan kolaborasi kedua antara Waqas dan Safe Adam selepas karya It Is Written yang dimuatkan di dalam album nasyid pertama penyanyi dari Denmark itu tahun lalu.

Tidak seperti karya-karya terdahulu, Might Not Be Right telah membawa ketiga-tiga penyanyi dari Eropah ini menjelajah ke Qatar, Pakistan, London dan Bahrain bagi menjalani sesi penggambaran video muzik lagu tersebut. Dengan berbekalkan sebuah kamera jenama Olympus, Waqas yang turut bertindak sebagai pengarah dan editor video muzik ini berjaya mempamerkan keunikan dan keindahan latar kehidupan setiap negara yang dikunjungi.
















Single terbaharu ciptaan Waqas, Safe Adam dan Lenny diterbitkan oleh Soulcamp Entertainment dan kini sedia untuk dimuat turun serta dimainkan disemua platform muzik digital utama seluruh dunia.

– Munsyeed

The post Might Not Be Right Temukan Bekas Anggota Outlandish dan Safe Adam appeared first on Munsyeed.

Isteri Opick Meninggal Dunia

$
0
0

Isteri kepada penyanyi nasyid terkenal Indonesia, Opick, dilaporkan telah meninggal dunia malam semalam. Wulan, 34, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 malam (Waktu Indonesia Barat).

Menurut Derry Sulaiman, Wulan mula sakit selepas melahirkan anak pasangan tersebut sejak 2 bulan lalu.

Tambah pendakwah dan juga penyanyi yang terkenal dengan lagu “Dunia Sementara Akhirat Selamanya” itu, bayi tersebut telah meninggal sejak dalam kandungan yang pada ketika itu masih berusia 8 bulan.

Wulan sempat dikejarkan ke rumah sakit sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam.

Saat ini jenazah Allahyarhamah ditempatkan di rumah duka kawasan Cakung, Jakarta Timur dan dijadualkan akan dikebumikan selepas Zohor hari ini.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Takziah Munsyeed ucapkan kepada Opick. Semoga Opick tabah dengan setiap cabaran dan ujian yang sedang dilalui.

sumber kumparan

The post Isteri Opick Meninggal Dunia appeared first on Munsyeed.


Selamat Tinggal Masa Trending di YouTube Tanpa Kontroversi

$
0
0

Ramai yang bercakap tentang kehebatan filem terbaru terbitan Skop Production arahan Syafiq Yusof, KL Special Force. Garapan yang dianggap setanding filem hollywood ini telah merekod jualan pecah panggung 6.3 juta dalam masa 7 hari tayangan.

Tidak sah sesebuah filem sekiranya tidak disertakan dengan runut bunyi sebagai salah satu cara promosi. Gandingan pelakon antagonis filem KL Special Force, Syamsul Yusof dan penyanyi bersuara tinggi, Black Hanifah telah bergabung dalam ‘Selamat Tinggal Masa’ yang dilancarkan pada 8 Mac 2018.

Jika sebelum ini Syamsul dilihat lebih banyak bekerjasama dengan Mawi dalam sesebuah lagu, kali ini Syamsul memilih Black sebagai pasangan duet di dalam Selamat Tinggal Masa. Idea untuk berkolaborasi bersama Black telah dirancang sejak awal tahun 2017 dan akhirnya terlaksana melalui single terbaru ini.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang juga pernah menulis bagi lagu-lagu hits terdahulu antaranya Kalah Dalam Menang, Senorita dan Bukan Propaganda.

Sudah mulai trending di laman YouTube sejak minggu lalu, jumlah tontonan video muzik lagu ini kini telah mencecah lebih 639,000 tontonan. Terbukti kekuatan lagu ini yang sarat dengan mesej positif menjadi antara faktor ia mudah diterima ramai tanpa mencipta sebarang kontroversi. Pelayar turut memberikan komen positif tentang lagu dan kolaborasi baru ini.

Selamat Tinggal Masa adalah sebuah lagi karya terbitan dan edaran Monkey Bone. Klip video lagu ini sudah boleh ditonton di laman YouTube Monkey Bone serta sedia dimainkan di platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Joox, Raku, Younder dan Deezer

 

The post Selamat Tinggal Masa Trending di YouTube Tanpa Kontroversi appeared first on Munsyeed.

GGV2 – Siapa pula yang masuk gelanggang?

$
0
0

Kejayaan Gema Gegar Vaganza edisi sulung pada tahun lepas telah menjadi buah mulut semua pengiat dan peminat industri nasyid. Biarpun pada awalnya berhadapan dengan cemuhan, bantahan sehingga mengheret kepada ‘balun-membalun’ sesama sendiri, namun ternyata ia telah menjadi satu platform yang kuat untuk menaikkan semula industri nasyid.

Laa, Gema Gegar Vaganza bukan untuk nasyid rupanya!!

Seakan tidak mahu merencatkan momentum, Astro Oasis sekali lagi akan membawakan program Gema Gegar Vaganza bagi musim yang kedua yang akan membuka tirainya pada 31 Mac ini. Difahamkan, program ini akan bersiaran pada setiap hari Sabtu selama tujuh minggu. Kali ini mereka memilih Dewan Sri Putra Bukit Jalil untuk menjadi gelanggang buat para peserta.

Difahamkan juga 11 peserta solo dan berkumpulan sudah mengesahkan penyertaan mereka, bersama-sama muka-muka baru yang akan ditampilkan untuk mengemudi program ini. Namun setakat ini, kami masih merisik siapakah yang bakal terjun ke gelanggan GGV2 ini.

Adakah GGV2 mampu menandingi kemeriahan musim lalu? Sama-sama kita nantikan.

Gema Gegar Vaganza berjaya tepis persepsi – Presiden MUNSYID Malaysia
UNIC Juara Gema Gegar Vaganza

sumber budiey

The post GGV2 – Siapa pula yang masuk gelanggang? appeared first on Munsyeed.

Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2

$
0
0

TEKA-TEKI SUDAH TERJAWAB. Sebentar tadi, pihak Astro baru sahaja mengadakan satu sidang akhbar bagi memperkenalkan barisan para peserta yang akan menyertai Gema Gegar Vaganza musim kedua. Berikut adalah senarai artis yang bakal menyertai program tersebut

1. INTEAM

Dari kiri: Rahim, Syahril, Hazamin dan Hisyam.

2. BROTHERS

Dari kiri: Faiz, Syah dan Yasin.

3. MESTICA

Dari kiri: Shaiful, Khairul, Razin dan Khalil.

4. DEVOTEES

Dari kiri: Muhammad, Adi, Shauqi dan Halim.

5. RABITHAH

Dari kiri: Hakim, Ayman, Ridwan, Mahdi dan Akmal (duduk)

6. ADEEP NAHAR

7. AWI RAFAEL

8. FITRI HARIS

9. IPPO HAFIZ

10. HELIZA & HAZWANI HELMI

11. FARAH ASYIKIN

PENGACARA: Siti Nordiana, Fakhrul UNIC dan Fikri Ibrahim

JURI TETAP: Farihin Abdul Fattah & Oki Setiana Dewi

Difahamkan, program ini akan bersiaran pada setiap hari Sabtu mulai 31 Mac ini selama tujuh minggu. Kali ini mereka memilih Dewan Sri Putra Bukit Jalil untuk menjadi gelanggang buat para peserta.

Jadi, siapa pilihan anda kali ini?

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Apa yang anda perlu tahu tentang GGV:
Laa, Gema Gegar Vaganza bukan untuk nasyid rupanya!!
Gema Gegar Vaganza berjaya tepis persepsi – Presiden MUNSYID Malaysia
UNIC Juara Gema Gegar Vaganza
Laman rasmi Gema Gegar Vaganza 2018

– Munsyeed

The post Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2 appeared first on Munsyeed.

Majlis Tilawah & Menghafaz Al–Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M

$
0
0

TV AlHijrah mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam. Ini selari dengan misi TV AlHijrah selaku stesen yang memartabatkan kandungan penyiaran Islam untuk mendidik minda dan jiwa penonton setianya, seterusnya memartabatkan Al-Quran dan ruang rasa TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islam Terbaik Asia.

Terbaru, buat pertama kalinya TV AlHijrah bakal menyiarkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018 yang akan berlangsung sepanjang 1 hingga 6 April 2018 bersamaan 14 hingga 18 Rejab 1439H bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya (KIP) dengan kerjasama RTM.

Tambah menarik, Program Assalamualaikum akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Islam Putrajaya memberi liputan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada dua sesi bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan sesi kedua pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sepanjang bersiaran secara langsung, penonton akan ditemani oleh pengacara iaitu Ustaz Nabil Ahmad dan Mohamamed Zawazi Yusof yang akan mengulas latar belakang peserta yang bertanding serta menemubual barisan juri dalam memberi informasi kepada penonton teknik hafalan yang terbaik serta cara pemarkahan yang dinilai oleh juri.

Disamping itu juga, TV AlHijrah akan berlintas langsung memberi liputan terkini Majlis Tilawah Al-Quran terus menerus dibawakan daripada Auditorium Kompleks Islam Putrajaya dan akan dikemudikan oleh pengacara yang tidak asing lagi di TV AlHijrah iaitu Saudara Syed Amir, Fadzli Aziz dan Hajah Dr Insyirah secara santai dan berinfomasi bermula jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam sepanjang berlangsungnya Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

TV AlHijrah akan memberikan informasi terkini berkaitan pencapaian para Qari dan Qariah dari seluruh Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut, serta kupasan berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang akan diperdengarkan kepada para hadirin serta mewawancara bersama tokoh agamawan bagi memberi galakan dan dorongan kepada penonton TV AlHijrah untuk mencintai dan istiqamah dalam membaca Al-Quran.

Marilah bersama-sama menjayakan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara langsung di TV AlHijrah di saluran 114 dan secara atas talian menerusi platform www.alhijrahmedia.com dan Facebook Live yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 April 2018, di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya.

The post Majlis Tilawah & Menghafaz Al–Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018M appeared first on Munsyeed.

Mampukah GGV 2 Tampilkan Versatiliti?

$
0
0

Gema Gegar Vaganza (GGV) musim yang pertama telah meletakkan penanda aras yang tinggi melalui siri persembahan hebat dipamerkan terutamanya oleh pemenang tiga teratas iaitu UNIC (juara), Hijjaz (naib juara), dan Mirwana (ketiga). Malahan peserta-peserta solo seperti Hafiz Hamidun dan Azmi Saat juga sangat menonjol di pentas. Kita dapat lihat variasi yang sangat menarik bukan sahaja pada aspek sentuhan rohani, tetapi juga kreativiti dan pembawaan yang berjaya memecah stigma terhadap irama nasyid dan lagu ketuhanan itu sendiri.

Persoalannya, mampukah artis-artis GGV2 mengulangi pencapaian yang sama? Mampukah GGV2 menampilkan versatiliti? Atau ‘concern’ yang lebih berat; mampukah mereka menjadi lebih baik dari GGV1? Hal ini menarik untuk kita bincangkan. Saya sendiri apabila mengetahui akan kembalinya GGV untuk musim kedua, masih ada kesimpulan dari GGV musim pertama yang bermain di minda saya. Salah satunya ialah tentang peserta muslimah yang menyertai GGV.

BANGKIT PESERTA MUSLIMAH GGV!

Dari 3 kepada 2 penyertaan peserta wanita di GGV

Saya melihat pada GGV2 kali ini, tidak pasti sama ada Astro sangat berhati-hati dengan pemilihan peserta wanita atau kurang penyertaan dari penyanyi wanita kerana berlaku pengurangan dari sudut bilangannya (dari tiga penyertaan kepada dua).

Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa GGV2 pasti lebih cermat mengatasi isu yang bakal dibangkitkan netizen berkaitan peserta muslimah GGV seperti isu berhias dan juga pilihan pakaian, apatah lagi peserta-peserta muslimah GGV2 (Farah Asyikin, Heliza & Hazwani) sememangnya selebriti yang menjaga penampilan mereka.

Satu hal lagi, saya sangat berharap peserta muslimah GGV tidak hanya menjadi sekadar ‘penambah rencah’ berbanding peserta-peserta yang lain. Hanya kerana keterbatasan mereka sendiri selaku penyanyi muslimah untuk berkreativiti melalui ‘body language’ dan hal-hal berkaitan dengannya tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk mereka menonjolkan diri (almaklum lah, berlebih-lebihan nanti kena kecam pula). Ini terletak dibawah kebijaksanaan dan kreativiti GGV sendiri; bagaimana pihak produksi ingin ‘menjenamakan’ peserta muslimah GGV ini supaya tidak sekadar menjadi ‘second choice’ di dalam pertandingan ini. Semestinya tidak dapat tidak mereka mesti memiliki lontaran vokal yang bagus dan perlu lebih ligat memerah idea ‘luar kotak’ yang boleh menjentik perhatian penonton (tanpa perlu bersifat keterlaluan dan masih tetap menjaga batas-batasnya).

JANGAN JADI BAYANGAN GGV MUSIM PERTAMA

Ada kecenderungan juga peserta-peserta GGV2 mungkin akan mencedok gaya dan idea yang pernah digunapakai oleh peserta-peserta GGV musim pertama. Pandangan saya sendiri, mereka harus keluar dari bayangan GGV1 dan fikirkan sesuatu yang lain daripada yang lain untuk memastikan GGV kekal relevan dan diingati. Manfaatkan kekuatan yang ada pada diri / kumpulan dan pamerkan di atas pentas.

Bukan bayangan peserta terdahulu

Peserta-peserta GGV2 juga tidak perlu untuk menjadi bayang kepada UNIC, Hijjaz, mahupun Mirwana. Mereka perlu yakin bahawa mereka memiliki kekuatan tersendiri yang masih belum ditunjukkan kepada peminat-peminat mereka. Peserta GGV mesti buktikan bahawa dakwah itu banyak cabangnya dan ia boleh menyentuh hati manusia dengan pelbagai cara. Walaupun kita akui durasi persembahan pentas GGV agak singkat untuk menonjolkan semuanya, tetapi itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh peserta-peserta GGV. Push to the limit dan pamerkan sisi lain dari sekadar kemahiran melantun suara.

Jika kita dapat perhatikan ‘nature’ peserta-peserta GGV2 kali ini agak menarik. Inteam contohnya mempunyai ‘nature’ gaya yang dibentuk oleh kumpulan Hijjaz. Malahan banyak lagu-lagu malar segar kumpulan Inteam merupakan gubahan dari ‘senior’ mereka. Namun begitu, Inteam mempunyai kekuatan vokal pada semua ahlinya yang menjadikan banyak lagi ‘magis’ yang boleh Inteam persembahkan. GGV2 pastinya menjadi medan yang baik buat Inteam untuk buktikan mereka bukannya ‘Hijjaz’ dan mereka masih ada sesuatu yang belum dipersembahkan kepada peminat.

Kumpulan Mestica juga lahir dari cungkilan bakat Hijjaz Music Entertainment (HME). Disamping pembawakan lagu-lagu pop ballad, kita juga dapat lihat Mestica juga mampu membawa lagu-lagu semangat dan rancak dengan baik seperti lagu ‘Salahudin Al-Ayubi’. Menarik untuk kita saksikan apakah lagi yang Mestica mampu hidangkan di atas pentas GGV. Di samping itu, saya juga melihat pasangan duo adik-beradik Heliza & Hazwani bakal tampil dengan konsep persembahan yang berbeza di pentas GGV ini. Mereka telah tampil di pentas Anugerah Nasyid IKIMFM baru-baru ini dan rasanya mereka tiada masalah untuk berkreativiti di atas pentas dengan bakat ‘serba boleh’ yang mereka ada.

Kumpulan Devotees juga tidak kurang hebatnya. Saya juga ternanti-nantikan apa kejutan yang bakal kumpulan ini tonjolkan. GGV2 adalah pentas yang baik untuk mereka zahirkan identiti mereka kerana kumpulan ini agak moden pembawaannya berbanding kumpulan nasyid yang lain. Mereka perlu tunjukkan mereka bukan sekadar kumpulan nasyid ‘pop’ yang biasa-biasa tetapi juga mempunyai sentuhan magis yang tersendiri. Seperti juga kumpulan Rabithah yang masih ‘fresh’ dalam industri. Mereka memiliki vokal yang ‘clean’ dan diharapkan mereka boleh bertahan lama di dalam GGV dan mampu mencurahkan kreativiti sebaik mungkin.

Sebuah lagi kumpulan ‘otai’ (yang turut saya minati) iaitu kumpulan Brothers juga bakal berentap di pentas ini. Semestinya pemergian sahabat Allahyarham Salleh Brothers dua tahun lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada kumpulan ‘legend’ ini. Salleh boleh diibaratkan sebagai tunjang utama kepada kumpulan Brothers. Namun begitu, perjuangan harus diteruskan. Keberadaaan Brothers di dalam GGV2 pastinya memberi maksud yang besar bahawa Brothers tidak patah semangat dan mereka mampu menonjolkan sesuatu di pentas GGV ini. Adakah ‘abang-abang’ kepada Mirwana ini akan membawa kelainan? Kita tunggu dan lihat.

ADAKAH GGV2 MILIK PENYANYI SOLO?

Saya juga tertarik melihat penyertaan dari penyanyi-penyanyi solo dalam GGV2. Fitri Haris? Ippo Hafiz? Awi Rafael? Farah Asyikin? Adeep Nahar? WOW! Memang langsung tak sangka mereka akan menjadi antara artis-artis yang membarisi GGV2. Apa lagi yang boleh kita harap daripada mereka melainkan lontaran vokal yang baik dan ‘showmanship’ yang padu. Walaupun antara mereka masih baharu atau sudah lama tidak muncul di pentas pertandingan sebesar ini, peluang yang diberikan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

Adakah GGV2 milik penyanyi solo? Boleh jadi. Mereka semua mempunyai kekuatan vokal yang tersendiri. Fitri Haris memiliki key suara yang tinggi. Awi Rafael pula sememangnya mempunyai kawalan vokal ‘serak-serak basah’ yang sangat bagus. Ippo Hafiz juga mempunyai vokal yang unik ala-ala penyanyi seberang. Adeep Nahar pun tidak kurang hebat dengan pembawaan pop R&B beliau. Begitu juga Farah Asyikin, bakat yang lahir dari Malaysian Idol dan One In A Million (OIAM) yang sudah lama tidak muncul di pentas. Pastinya peminat ternanti-nantikan kemunculan beliau dengan imej baharu.

Apa pun yang akan terjadi pada Gema Gegar Vaganza musim kedua ini, kita berharap ia akan terus menjadi medan dakwah yang berkesan buat penonton. Kita mahu tarik lebih ramai pendengar untuk menggemari irama nasyid dan ketuhanan melalui platform ini. Malahan diharapkan ia menjadi ‘pintu’ yang besar buat bakat-bakat baharu yang ikhlas berdakwah dan berkarya melalui lagu, bukan sekadar menempah populariti semata-mata.

The post Mampukah GGV 2 Tampilkan Versatiliti? appeared first on Munsyeed.

Viewing all 2068 articles
Browse latest View live