Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Artis Popular Bakal Meriahkan Konsert Journey of Nur 2.0

$
0
0

Sempena penganjuran Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF) 2014, sebuah konsert berskala besar akan diadakan pada tahun ini dengan menampilkan artis-artis popular tanahair.

Konsert Journey of Nur yang memasuki tahun kedua penganjurannya ini akan membariskan artis-artis ternama Malaysia seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Nazrey Johani, Brothers, Hafiz Hamidun, Mawi dan Lah Ahmad.

Tidak seperti tahun sebelumnya yang menggabungkan artis Malaysia dan antarabangsa, tahun ini Konsert Journey of Nur 2.0 memberi keutamaan kepada artis Malaysia dalam menjayakan konsert yang gah ini.

Butiran Konsert Journey of Nur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Hari: Sabtu
  • Tarikh: 1 November 2014
  • Masa: 9.00 malam
  • Tempat: Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Selain penglibatan artis, konsert Journey of Nur 2.0 juga bakal ada selingan tazkirah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Asyraf dan Erma Fatima.

Kepada mereka yang berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Konsert Journey of Nur 2.0 pada hari Sabtu ini.

Antara aktiviti menarik di Ekspo Buku Islam Antarabangsa sempena PIIACUF 2014

Antara aktiviti menarik di Ekspo Buku Islam Antarabangsa sempena PIIACUF 2014 (klik untuk paparan lebih jelas)

PIIACUF 2014 juga turut menyajikan pelbagai program menarik antaranya Ekspo Buku Islam Antarabangsa yang bakal menampilkan ramai tokoh-tokoh penulisan tersohor negara seperti Al-Fadhil Ustaz Dr. Zulkifli Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Ustaz Dr. Zaharuddin, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi. Selain itu, Ekspo Buku Islam Antarabangsa akan diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti tanahair terkemuka bagi menjayakan Showcase Anugerah Nasyid IKIMFM.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan program yang bakal berlangsung di Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2014, layari laman rasmi PIIACUF sekarang.

- Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel Artis Popular Bakal Meriahkan Konsert Journey of Nur 2.0 di Munsyeed Dot Com 2010-2014.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles