Penyanyi dan komposer versatil, Hafiz Hamidun mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengarah Urusan Arteffects Sdn Bhd.
Dalam kenyataan media yang disiarkan, Hafiz memberitahu yang beliau tidak lagi menyandang jawatan Pengarah Urusan di syarikat tersebut dan hanya akan berperanan sebagai Pengarah Kreatif sahaja di syarikat itu.
Tumpu Kerja-Kerja Kreatif di Arteffects Sdn Bhd.
Menurut Hafiz, sebagai Pengarah Kreatif, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja kreatif yang melibatkan Arteffects Sdn Bhd manakala urusan pentadbiran syarikat akan dikendalikan oleh pengarah urusan syarikat.
Setakat hari ini, Arteffects Sdn Bhd belum lagi mengumumkan siapa individu yang akan dilantik untuk mengemudi syarikat ini.
Buka Butik Mikraj Concept, Bantu Usahawan Online
Dalam perkembangan lain, selain sibuk dengan aktiviti muzik dan persembahan, kini Hafiz Hamidun melangkah setapak lagi dengan menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu Mikraj Concept Sdn. Bhd.
Mikraj Concept merupakan usaha Hafiz Hamidun untuk mengetengahkan lebih banyak usahawan-usahawan ‘online’ ke bidang perniagaan secara nyata.
Butik Mikraj Concept milik Hafiz yang terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana turut menempatkan pelbagai jenama baju, aksesori, koleksi jubah lelaki miliknya sendiri, jubah dan baju lelaki serta wanita, aksesori, hiasan dalaman rumah serta pelbagai lagi. Di antara selebiriti yang turut serta di Mikraj Concept ialah Krill Rashid (Penyampai Sinar FM), Chef Adu Amran (Juri Masterchef Malaysia), Ameera Zaini (Pengacara TV9) dan ramai lagi.
Mikraj Concept juga akan bertindak sebagai penganjur untuk #JubahFest yang bakal dilancarkan pada 31 Januari 2014 di Stadium Spice Arena Pulau Pinang sempena Penang International Halal Expo and Convention. Informasi lanjut mengenai Mikraj Concept boleh diperolehi melalui Instagram, Facebook dan Twitter Mikraj Concept.
– Munsyeed Dot Com
Klik untuk komen pada artikel Hafiz Hamidun Umum Letak Jawatan Pengarah Urusan Arteffects di Munsyeed Dot Com 2010-2014.