Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Muzik-Muzik 29: Jodoh Berdua & Al-Haq Mara Ke Separuh Akhir

$
0
0

Setelah bersiaran lebih 30 minggu, Muzik Muzik 29 kini menghampiri penghujungnya apabila semalam sebuah sidang media telah berlangsung di Sri Pentas Bandar Utama, Kuala Lumpur bagi mengumumkan lagu-lagu yang layak ke peringkat separuh akhir. Sebanyak 30 buah lagu telah dipilih untuk berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 29. Hanya 12 lagu yang akan dipilih untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 29 yang dijadualkan bakal berlangsung pada Januari 2015.

Antara lagu yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah “Jodoh Berdua” nyanyian komposer dan penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun. Ketika dihubungi awal pagi tadi, Hafiz Hamidun menzahirkan rasa syukur diatas penerimaan peminat keatas lagu Jodoh Berdua.

“Lagu Jodoh Berdua ini lagu yang tidak pernah dirancang. Dalam sibuk program sana sini, (saya) ada sedikit impian untuk buat lagu berkenaan jodoh. Semuanya lancar masa hasilkan lagu ini.”

“Sekali call saja pada Azlan Abu Hassan. Terus dapat melodi, terus buat lirik dan kemudian terus rakam. Sewaktu ke Lombok Indonesia untuk buat video klip album zikir, terus selitkan video untuk lagu ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan penerimaan pun baik.” ujar Hafiz.

Ditanya mengenai harapan beliau untuk lagu ini di Separuh Akhir Muzik-Muzik, dengan ringkas beliau menjawab, “Jika ada rezeki ke final, alhamdulillah.”

Selain Hafiz, Mawi dan juga Datuk AC Mizal turut berjaya ke separuh akhir menerusi lagu “Al-Haq…Yang Satu” ciptaan Jeff (A to Z) dan Syeikh Qalam selaku komposer.

Lagu Jodoh Berdua dan Al-Haq…Yang Satu bakal dipertandingkan bersama 7 buah lagu lain yang turut tercalon pada bahagian ke-3 Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2014 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

9 lagu yang bakal ke Separuh Akhir Bahagian ke-3 adalah:

  1. Jodoh Berdua – Hafiz Hamidun
  2. Rentak Laguku – Bunkface & Amy Search
  3. Mewangi – Akim and The Majistret
  4. Percayalah – Indah Ruhaila
  5. Sesal Separuh Nyawa – Alyah
  6. Al-Haq Yang Satu – Mawi & Dato AC Mizal
  7. Lelaki – Yuna
  8. Tak Pernah Berjumpa – Forteen
  9. Apa Khabar – Joe Flizzow & SonaOne

Semoga lagu Jodoh Berdua dan Al-Haq… Yang Satu berjaya ke Anugerah Juara Lagu 29.

- Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel Muzik-Muzik 29: Jodoh Berdua & Al-Haq Mara Ke Separuh Akhir di Munsyeed Dot Com 2010-2014.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles