Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Arjuna Beta – Karya Indah Untuk Ke Anugerah Juara Lagu

$
0
0

Kali pertama saya mendengar lagu ini, saya sudah jatuh hati. Dengan melodi yang mendayu beserta lirik-lirik yang puitis, saya terbuai menikmati karya indah ini. Lagu ini sarat dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasihnya tulus dari hati dan disampaikan dengan cukup baik oleh Fynn Jamal.

Menerusi lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2014 yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Melihat kepada bait-bait lirik yang menghiasi lagu ini, ia merupakan satu luahan rasa seorang ibu terhadap anak kecilnya beserta pesanan-pesanan indah yang penuh dengan kasih sayang.

Difahamkan, lagu Arjuna Beta ini diciptakan khas oleh Fynn Jamal untuk anaknya, Bakti Arjuna Fitri.

Arjuna Beta Fynn Jamal

Fynn Jamal dan anaknya, Bakti Arjuna Fitri.

Mungkin ada yang tidak tahu, sewaktu Arjuna dilahirkan, bayi comel ini menghidapi masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan dengan segera pada ketika itu, Detik-detik cemas itu nyata mendidik Fynn Jamal dan suami untuk terus cekal dan menguatkan pergantungan mereka kepada Maha Pencipta. Alhamdulillah, Arjuna selamat menjalani pembedahan dan kini semakin membesar dengan lincah.

Apabila lagu ini dicipta, saya dapat merasakan yang Fynn Jamal ingin berkongsi rasa dengan seluruh rakyat Malaysia. Nilai kasih seorang ibu kepada anaknya ini sedikit sebanyak mendidik kita untuk menghargai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Ia juga mengajar kita untuk lebih menghargai ibu bapa yang tidak pernah berhenti mendoakan kita.

Saya mempunyai harapan agar lagu indah ini diangkat ke Anugerah Juara lagu. Pengiktirafan buat karya positif ini mampu mengangkat nilai dan mesej positif yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Ia juga mampu menjadi pencetus kepada kemunculan lagu-lagu seumpama ini dalam industri muzik Malaysia di masa hadapan.

Lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal akan berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 dan diharapkan agar lagu ini berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada Januari 2015.

- Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel Arjuna Beta – Karya Indah Untuk Ke Anugerah Juara Lagu di Munsyeed Dot Com 2010-2014.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles