Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Maher Zain Rakam Lagu Baru Untuk McDonald’s Sempena Ramadhan

$
0
0
Maher Zain ramadan

Saban tahun penyanyi popular dari Sweden, Maher Zain, tidak pernah gagal dalam memberikan kejutan buat para peminatnya di seluruh dunia. Bermula dengan kehadiran single Ramadan yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 2013, tahun 2014 pula menyaksikan kejutan yang baru apabila Maher Zain tampil berduet bersama Mesut Kurtis di dalam sebuah lagu raya berjudul Eidun Saeed yang turut dimuatkan di dalam album terbaru Mesut Kurtis.

Tonton klip video Eidun Saeed

Meneruskan tradisi yang sama pada bulan yang mulia ini, Maher Zain sekali lagi tampil dengan sebuah lagu baru. Berbeza dengan tahun-tahun yang terdahulu, kali ini beliau tampil dengan sebuah lagu yang dirakamkan secara eksklusif untuk syarikat franchise terkemuka dunia, McDonald’s.

Lagu yang dimuatkan di dalam video berjudul Generations of Goodness adalah sebuah karya yang dihasilkan untuk kegunaan iklan franchise McDonald’s di negara-negara arab sempena bulan Ramadhan. Pada awalnya ramai peminat yang tertanya-tanya siapakah penyanyi di dalam iklan tersebut. Memandangkan suaranya yang sangat mirip dengan penyanyi kelahiran Lubnan itu, ramai peminat membuat spekulasi bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh Maher Zain.

Bagi menjawab persoalan tersebut, McDonald’s Arabia menerusi akaun YouTube rasmi mereka mengesahkan spekulasi para peminat.

“Betul (membenarkan spekulasi peminat), anda boleh mendengar dan memuat turun lagu tersebut di laman web kami.”, ujar McDonald’s Arabia pada ruangan komen di laman YouTube.

Karya terbaru ini diterbitkan dalam dua versi bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Sehingga hari ini jumlah tontonan iklan tersebut di YouTube telah mencecah 744,070 jumlah tontonan.

Selaku peminat, apa pandangan anda terhadap kerjasama di antara Maher Zain dan McDonald’s ini?

– Munsyeed Dot Com

Klik untuk komen pada artikel Maher Zain Rakam Lagu Baru Untuk McDonald’s Sempena Ramadhan di Munsyeed Dot Com 2010-2015.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles