
Situasi politik hari ini khususnya di Amerika Syarikat telah melahirkan hostile environment terhadap Muslim. Islamophobia yang seharusnya semakin reda kini kembali marak apabila wujudnya segelintir manusia tidak bertanggungjawab menghidupkan kembali sentimen anti-islam.
Berikutan perkembangan ini, Noor Wazwaz, seorang wartawan dan juga aktivis dari Amerika Syarikat, telah melancarkan kempen #GrabOurHand, sebuah kempen yang bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar kehidupan seorang muslim serta menyanggah karakteristik negatif penganut agama Islam yang cuba dipromosikan oleh media antarabangsa. Turut bersama di dalam kempen ini ialah beberapa personaliti penting termasuk Maher Zain, Raef dan juga Harris J.
Klik untuk komen pada artikel Maher Zain, Raef & Harris J Kongsi Pengalaman Sebagai Muslim Minoriti di Munsyeed.