Quantcast
Channel: Munsyeed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Pencetus Ummah, Caliph Buskers Mara Ke Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2016

$
0
0
caliph buskers

Selepas kejayaan ‘Hanya NamaMu’ meraih tempat ketiga pada acara Anugerah Juara Lagu ke-30 minggu lalu, Caliph Buskers sekali lagi mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai calon top 5 Anugerah MeleTOP Era 2016 menerusi kategori Grup/Duo MeleTOP. Kejayaan Caliph Buskers ini sekaligus mengenepikan 15 calon lain pada undian fasa pertama termasuk beberapa nama besar antaranya Wings, Mojo serta gandingan Joe Flizzow dan SonaOne.

Turut sama berada dalam senarai top 5 kategori ini ialah Akim & The Majistret, Elizabeth Tan feat Faizal Tahir, Cakra Khan feat Dato Siti Nurhaliza dan De Fam.

psssstt!! Dah dengar lagu ‘Hanya NamaMu’ versi kumpulan MOJO? Klik sini.

top 5 Meletop

Selain kategori Grup/Duo MeleTOP, turut menjadi perhatian dalam Anugerah MeleTOP Era kali ini ialah kategori Program MeleTOP yang memperlihatkan program Pencetus Ummah, satu-satunya program berunsur keagamaan berjaya menduduki senarai 5 teratas.

Sepertimana penganjurannya sebelum ini, kuasa penuh masih diberikan kepada para peminat untuk menentukan pemenang-pemenang bagi 18 kategori yang dipertandingkan. Undian boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi MeleTOP dan juga ERA fm bermula semalam dan akan ditutup pada 28 Februari 2016 (jam 12PM). Para peminat juga boleh membuat undian menggunakan aplikasi Raku yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.

Anugerah MeleTOP Era 2016 dijadualkan akan berlangsung pada 28 Februari bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

– Munsyeed

Klik untuk komen pada artikel Pencetus Ummah, Caliph Buskers Mara Ke Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2016 di Munsyeed.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2068

Trending Articles